Greeting

Assalamualaikum everyone...Welcome To My Blog,I hope my writings makes ur time worthy for visiting!!! Leave ur footprints in my Cbox ya ^,^

Tips Agar Anda Sentiasa Rasa Seronok Untuk Belajar

  • Bina sikap positif = sentiasa memotivasikan diri sendiri. Selalulah katakan pada diri sendiri bahawa anda boleh berjaya,anda mampu bersaing dengan kawan-kawan lain, anda boleh mencapai impian.
                                                                         
  • Rancang masa = susun jadual harian secara teratur. Perkara yang kurang penting haruslah dielakkan. Contohnya, bagi pelajar yang menanti detik peperiksaan patut mengutamakan pelajaran. Kurangkan aktiviti yang tidak berfaedah.

  • Disiplin Masa = Cuba ikut perancangan masa yang telah anda buat.
                                                          
  • Mendahulukan perkara yang penting = Buang perkara yang remeh temeh,buang emosi sedih,marah atau kecewa jauh-jauh sehingga peperiksaan selesai. Pergi ke dewan peperiksaan dengan tenang dan penuh bersedia.
                                                                        
  • Tabiat dalam bilik darjah = Supaya ilmu yang diperolehi itu berkat,anda haruslah bersopan dan jangan menyinggung perasaan guru yang mengajar anda! Jangan bercakap ketika guru mengajar di hadapan.
                                                                  
  • Gunakan perpustakaan & pusat sumber = Gunakan kemudahan tersebut untuk mencari bahan rujukan. Selain itu,internet juga salah satu sumber rujukan yang boleh digunakan untuk mencari maklumat tambahan.
                                                                    
  • Sentiasa bersedia = Pastikan anda sering mengemaskini nota & membuat latihan. Pastikan tulisan anda kemas & boleh difahami oleh pemeriksa. Keprluan alat tulis juga perlu dilengkapkan. 

  • Jaga Kesihatan = Mengambil makanan seimbang dan berzat menjelang peperiksaan. Hindarkan diri daripada kawasan berdebu & bahang yang panas bagi mengelakkan sakit demam,selsema atau batuk.



No comments:

Post a Comment

Leave Ur Comments Sweetie ^_^