Greeting

Assalamualaikum everyone...Welcome To My Blog,I hope my writings makes ur time worthy for visiting!!! Leave ur footprints in my Cbox ya ^,^

Cara Mengingat Dengan Berkesan

1. Pemecahan Kepada Kumpulan (Chunking)
 >Jangan hafal kesemua fakta yang terlalu banyak.
 >Bahagikan fakta kepada kumpulan kecil, hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.
 >Purata chunk yang dapat diterima mental adalah di antara 7 dan 9.
 >Perlu ada irama tertentu supaya lebih senang diingati dan mengurangkan kebosanan.

2. Gabungan Huruf Pertama
 >Setiap huruf pertama digabungkan menjadi satu perkataan yang bermakna.
 >Gabungan huruf ini juga mempunyai susunan tertentu yang ada fungsinya.

3. Daya Imaginasi
 >Bahan lisan boleh diganti oleh bahan lukisan dengan membayangkan watak-watak dalam fikiran. Hal ini kerana anda akan dapat gambaran maklumat itu dengan lebih jelas.
 >Visual is more powerful than verbal, daya ingatan itu dapat dipertingkatkan sekiranya sesuatu maklumat itu diberi gambaran melalui daya imaginasi kerana lebih jelas dan kekal jika dibandingkan dengan maklumat berbentuk lisan.

4. Mempunyai Makna
 >Beberapa maklumat itu boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan tertentu berdasarkan fungsi yang sama.
 >Maklumat yang ingin diingati boleh dihubungkan menerusi satu ayat.
 >Jika sesuatu maklumat itu terlalu panjang,hubung kait boleh dibuat dengan membentuk satu cerita.

5. Membuat Peta Minda
 >Penggunaan satu imej sahaja sudah dapat menjelaskan beribu-ribu patah perkataan dan menambah daya ingatan seseorang.
 >Kata kunci berada hampir di bahagian tengah dan idea yang kurang penting berada di bahagian hujung.
 >Setiap perkataan hendaklah ditulis menggunakan huruf besar.
 >Setiap perkataan ditulis di atas setiap garisan dan setiap garisan hendaklah bersambung dengan beberapa garisan yang berkaitan.
 >Perkataan-perkataan disusun mengikut ruang yang berkaitan.
 >Gunakan warna yang terang.
 >Peta Minda dihasilkan secara bersahaja.

6. Penggunaan Kata Kunci
 >Perkataan yang hendak diingati digantikan dengan perkataan yang lain tetapi mempunyai persamaan makna.
 >Berikan gambaran mental pada kata kunci supaya dapat dibayangkan di dalam minda dan cuba menterjemahkannya.

7. Penggunaan Gambar Rajah
 >Carta pai dan graf boleh membantu mengingati maklumat yang ada kaitan dengan kuantiti.
 >Garisan masa, carta aliran, piramid, dan susunan tangga lebih sesuai digunakan untuk mengingati maklumat yang berbentuk peraturan, cara, dan langkah-langkah tertentu yang mempunyai susunan tetap.
>Cara-cara ini boleh membantu anda mengulangkaji pelajaran dalam menghadapi peperiksaan. Anda juga dapat meringkaskan nota panjang menjadi pendek, jelas dan menarik.

8. Penggunaan Penanda Wacana
 >Teknik ini menghubungkan fakta sesuatu idea kepada idea lain yang mempunyai kesinambungan.
 >Penanda wacana lebih berkesan sekiranya swring kali digunakan.

9. Penggunaan Soalan
 >Dapat membantu menumpukan perhatian daripada maklumat umum kepada maklumat penting yang perlu diingati.
 >Cara ini juga dapat memudahkan proses penyelidikan, pembacaan, mengulang kaji, dan pembelajaran.

10. Membuat Imbasan
 >Ingat!80% daripada apa yang anda pelajari akan hilang dalam masa 24 jam.
 >Melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik.
   -Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.
   -Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.
   -Imbas 5 minit setiap 2 minggu
   -Imbas 5-10 minit pada minggu-minggu terakhir pepriksaan.

11. Membuat Latihan
 >Subjek yang memerlukan formula seperti Matematik, Prinsip Akaun, Ekonomi dan sebagainya tidak perlu dihafal.
 >Selalulah membuat latihan tubi untuk memudahkan anda menjawab soalan dalam peperiksaan.
 >Latih tubi bagus untuk membentuk kemahiran. 


No comments:

Post a Comment

Leave Ur Comments Sweetie ^_^