skip to main |
skip to sidebar
Teknik Mencatat Nota
- Pertama: Guna pen yang berlainan warna termasuk beberapa batang highlighter sebagai persediaan membuat nota kecil. Sebenarnya, anda boleh menggunakan kurang atau lebih daripada jumlah pen itu. Terpulang kepada kemampuan & keselesaan anda.
- Langkah Kedua: Mula membaca buku teks & buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata penting diwarnakan. Pada masa yang sama, fahamkan betul-betul maklumat yang dibaca. Bacalah mengikut bab atau topik. Tidak perlu baca banyak perkara. Yang penting anda faham, kemudian baru buat nota.
- Langkah Ketiga: Sehelai kertas A4 dilipat kepada 4 bahagian atau kolum.
- Langkah Keempat: Mula menulis nota mengikut kolum. Setiap kolum boleh dibahagikan kepada 2 bahagian (subtopik) untuk satu bab ataupun anda boleh jadikan keempat-empat kolum itu untuk satu bab sahaja. Di sebelah belakang kertas itu pula untuk satu bab yang lain. Gunakan pen yang berlainan warna. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar dapat meningkatkan tahap ingatan.
- Langkah Kelima: Setelah kata kunci ditulis, gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara yang penting. Pastikan anda gunakan warna yang selari untuk smeua nota supaya anda tidak keliru. Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting, maka gunakan warna yang sama untuk subjek yang lain pula. Contohnya Tarikh penting - warna merah, nama tokoh - warna biru.
- Langkah Keenam: Setelah nota siap ditulis, anda boleh menghafalnya. Jangan lupa untuk meninggalkan sedikit ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula mengajar.
- Langkah Ketujuh: Ambil sampul surat panjang. Tuliskan mata pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu mengikut mata pelajaran. Bawalah nota itu ke mana-mana. Jika ada masa terluang, silalah baca.
No comments:
Post a Comment
Leave Ur Comments Sweetie ^_^