Bila sebut mengenai skincare, apa yang anda fikirkan mengenainya? Mestilah set yang digunakan untuk merawat & melindungi wajah kita bukan? Seterusnya, apakah ciri-ciri set rawatan yang terbaik untuk anda? Adakah anda memikirkan nilai atau harga set skincare itu, atau tempoh keberkesanan skincare itu pada wajah anda? Mesti ada yang beranggapan set skincare yang terbaik adalah skincare yang boleh didapati dengan harga yang murah dan dijanjikan jaminan keberkesanan dalam tempoh masa yang singkat. Seperti yang dijanjikan oleh beberapa rangkaian produk penjagaan muka di pasaran pada masa kini.
Namun perkara yang paling penting & sering diabaikan oleh para wanita mahupun lelaki di luar sana adalah bahan kandungan yang terdapat di dalam sesebuah produk itu. Jika sejauh manakah kepentingan meneliti bahan kandungan sesebuah produk penjagaan muka? Ia sama pentingnya dengan meneliti bahan kandungan yang digunakan untuk menghasilkan sesebuah jenis produk makanan.
Adakah seorang muslim akan membeli makanan yang di dalamnya terdapat bahan atau campuran terlarang seperti lemak khinzir & sebagainya? Sudah tentu tidak bukan? Di dalam penghasilan sesebuah produk kecantikan atau pejagaan muka juga mempunyai bahan-bahan yang terlarang terutamanya Hydroquinone & Merkuri. Terdapat banyak lagi bahan lain tetapi dua bahan ini merupakan bahan yang paling banyak digunakan oleh sesetengah pengusaha produk kecantikan.
Hydroquinone & Merkuri adalah dua bahan yang sering terdapat pada krim-krim pemutih. Memang jika digunakan pada wajah, wajah kita akan kelihatan lebih cerah dengan cepat namun lama-kelamaan kesan sampingan akan muncul bukan sahaja pada permukaan wajah namun juga di seluruh tubuh. Sukar untuk dipercayai?
|
Kulit wajah mempunyai jeragat yang sangat teruk. |
|
Kulit muka mengalami masalah jerawat yang teruk & bernanah.
|
Ada yang mengatakan bahawa krim yang dipakai selama ini berjaya menghentikan jerawat pada wajah. Namun sedarkah kita bahawa apabila suatu hari nanti bahan di dalam produk itu berubah atau anda sudah tidak menggunakan produk itu, masalah yang lebih teruk akan muncul. Hal ini sudah dialami oleh diri saya sendiri. Saya akan bercerita lebih lanjut mengenainya di post yang lain ya.
Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih skincare. Kita hanya ada satu muka, jagalah ia dengan penuh kasih sayang. Jangan sambil lewa, sanggup mengambil risiko hanya kerana tertarik dengan pelbagai janji manis & harga produk yang murah.
Baiklah, sehingga kita bertemu lagi di post yang lain. Bye!
No comments:
Post a Comment
Leave Ur Comments Sweetie ^_^