Greeting

Assalamualaikum everyone...Welcome To My Blog,I hope my writings makes ur time worthy for visiting!!! Leave ur footprints in my Cbox ya ^,^

Syaitan atau Iblis?


Title kali ni agak ganazzz kan.Terlebih dahulu, ingin saya nyatakan di sini, post ini tidak ada kena-mengena dengan sesiapa sama ada yang hidup atau pun yang mati. (Tapi kalau nak terasa, lantak ko la ya...)
Okay, first thing first, kita semua dilahirkan ke dunia Alhamdulillah menjadi seorang manusia(well haiwan xkan baca blog kn?) Jadi menjadi seorang manusia, kita telah diberikan pilihan, sama ada untuk menjadi baik, atau pun sebaliknya. Tapi kita kan manusia biasa, bukan manusia sempurna seperti Rasulullah S.A.W. Jadi tidak hairanlah jika sekali sekala melakukan kesilapan. Walaupun ingin menjadi seorang yang baik, terbuat jugak tanpa sengaja perkara-perkara jahat. Paling ketara yang ladies, sekarang mau jadi muslimah sejati, jumpa kawan 5 minit kemudian, start gossiping!Hah? ada yg x juga begitu? Alhamdulillah..


Ok kenapa syaitan or iblis? Kita memang tidak selamanya baik, ada masanya jahat jugak. Ada jugak yang terkenal dengan kejahatan tapi ada masanya nampak jugak kebaikannya. Yang jahat ada baik tu saya x mau cakap apa-apalah, just wanna say, KIPIDAP!
Yang baik jadi jahat pulak, ingatlah, sejuta kebaikan akan dilupakan apabila kita buat sebuah kejahatan.Jadi renung-renungkan, fikir-fikirkan ya. Tapi yang jahat tambah nampak jahat ni. Astaghfirullah.....

Saya bukan Ustazah pilihan,
bukan juga isteri solehah, saya jugak x mau mengaku ibu mithali. Sebabnya saya tau saya x sesempurna muslimah, isteri & ibu yang lain. Tapi tetap jugak saya mau bercakap tentang manusia yang bertopengkan syaitan. Orang-orang di sekeliling kita sering memerhati,
menilai dan bercakap mengenai orang lain. Jadi logikkah kita mau sentap-sentap, marah-marah, mengamuk-mengamuk segala sebab orang lain judge kita buruk? 

Sebagai contoh, maybe kita seorang anak yang suka melawan cakap parents, sudah tu suka berjudi pulak, remaja lain sebaya kita sibuk mencari pekerjaan walhal kita sibuk menjaga mesin judi siang malam. Tapi masih bernasib baik masih ada yang mahu berkawan dengan kita. Kawan itu sudah berkerjaya, sudah berumahtangga, sudah berkeluarga. Pokoknya sudah ada kehidupan yang baik. Sepatutnya kita jadikan itu contoh dan motivasi supaya kita meninggalkan perkara-perkara negatif. Bukan malahan menghasut kawan tersebut sehingga dia terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti buruk yang kita lakukan tadi.

Tidak cukup begitu, kita yang suka berfoya-foya dengan gadis-gadis liar cuba mengajak kawan yang sudah beristeri tadi untuk sama-sama enjoy macam kita. How? Kita recommend satu gadis liar dengan  kawan, bagi kawan tadi berhubungandengan gadis tersebut sampai berlakunya perpecah-belahanantara hubungan suami isteri si kawan tadi.

Is that what u really wantKejadian sebegini bukan cuma boleh dikaitkan dengan hubungan suami isteri ya, hubungan antara anak dan ibu bapa juga boleh rosak dengan wujudnya "Syaitan atau Iblis" jadian ini. Spesies sebegini lebih teruk daripada spesies "Stone Fire". Jadi sila elakkan kawan atau kenalan yang dirasakan memiliki ciri-ciri syaitan atau iblis ini ya. Dikhuatiri jika anda tetap berkawan dengan orang-orang sebegini kehidupan anda berubah 200% daripada tenang kepada huru-hara.
 So kesimpulannya, bila one day kita diserang oleh family yang telah kita sakiti secara mental itu, janganlah pulak tiba-tiba jadi pandai hal ehwal undang-undang, mau saman itu, dakwa itu, dakwa ini. Useless ok.

Okaylah cukuplah bebelan saya di post ini, saya akhiri dengan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

4 comments:

Leave Ur Comments Sweetie ^_^