hey ladies....post kali ni jom cerita pasal rambut. Orang cakap rambut itu mahkota wanita..kalau yang bertudung camana? Tudung itu mahkota wanita la....? hehehe... Kebanyakan kita tidak memerlukan masa yang banyak tentang rambut,namun rambut mampu memberi kesan yang mendalam kepada seseorang...mesti semua pernah nampak iklan syampu di TV kan? Pasal kelemumur lah,rambut gugur lah,rambut bercabang lah...and so on...Rutin penjagaan rambut yang tidak betul boleh menjadikan rambut kita tidak bermaya,kering dan rosak. Sekali gus boleh menjejaskan imej atau penampilan kita. Jangan pula berfikir wanita yang bertudung tidak perlu menjaga rambut sebab kita tidak perlu menunjukkan rambut kepada sesiapa. Tetapi penjagaan rambut penting untuk semua demi keselesaan diri sendiri. Cuba anda bayangkan,cara anda bertudung sudah menutup kerosakan rambut anda yang berselindung di dalam tudung anda,tetapi selesakah anda? Sudah tentu tidak kan? Kita mahu cantik luar dan dalam bukan? Oleh itu ikutilah tips penjagaan rambut yang berikut:
Penjagaan rambut termasuk jugalah penjagaan kulit kepala sebab rambut tumbuh di atasnya, oleh itu pilihlah pelembap rambut yang sesuai agar rambut tumbuh dengan sihat. Hair moisturizing dapat menyeimbangkan tahap kelembapan kulit kepala dan rambut.
Kenapa rambut perlu dicuci? Jawapannya ialah rambut mengumpul kotoran setiap hari. Rambut terdedah kepada asap rokok,pencemaran,habuk dan sebagainya. Bukan sahaja bagi yang free hair,bagi yang bertudung juga,kulit kepala akan menghasilkan kulit-kulit mati yang harus dibersihkan agar tidak menyebabkan jangkitan jika tidak kerap dicuci.
Rambut berminyak adalah disebabkan penghasilan cecair oleh glands yang terdapat di dalam kulit kepala kita yang bertujuan melindungi dan membuatkan rambut sentiasa tumbuh. Namun apabila sebum yang terhasil terlalu banyak dan membuatkan rambut berminyak dan melekat antara satu sama lain,anda perlu mencuci rambut untuk menghilangkan minyak yang berlebihan sekali gus kotoran yang ada supaya rambut menjadi segar dan bersih semula.
Berapa kerapkah kita harus mencuci rambut? Ia bergantung kepada jenis rambut seseorang,jika jenis rambut yang berminyak, anda perlu mencuci rambut setiap hari. Bagi rambut yang kering,ia memadai 3 atau 4 kali seminggu. Namun bagi yang berambut normal,tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak,cucilah rambut sekali sehari dan berselang-seli dalam seminggu.
Akhir sekali penggunaan conditioner rambut. Setiap wanita seharusnya menggunakan conditioner rambut agar rambut sentiasa lembab,lembut dan sihat. Bagi rambut yang berminyak,gunalah perapi rambut yang ringan. Bagi rambut yang kering, gunalah perapi rambut yang kuat.
|S|h|a|r|i|n|g| |I|s| |C|a|r|i|n|g|
No comments:
Post a Comment
Leave Ur Comments Sweetie ^_^