Greeting

Assalamualaikum everyone...Welcome To My Blog,I hope my writings makes ur time worthy for visiting!!! Leave ur footprints in my Cbox ya ^,^

Cara untuk menghaluskan kulit muka


Masa kita dilahirkan dulu kulit muka kita bukan main halus,mulus,lembut lg...makin lama,kulit muka masih jg la lembut tp kurang halus & mulus sudah....kan? Pasti ada antara kita yang bermasalah dengan kulit muka kan..termasuk lah si penulis blog ini...huhuhu....ada yang mengalami masalah jerawat,warna kulit tidak sekata atau pun jeragat...dulu masalah-masalah ini tidak pernah mengganggu ketenteraman kita,tapi lama-kelamaan hati tidak keruan disebabkan problem2 ini..jadi di sini ada beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda untuk mengembalikan kulit muka seperti dulu..

Jauhi sinaran matahari yang terus menerus ke bahagian muka. As u know matahari boleh menggelapkan kulit muka. Ada yang di antara kita ni yang suka "sun tan" memang sun tan tu boleh hilang tapi jika keterlaluan,kulit muka tidak akan jadi seperti biasa,malah akan jadi lebih gelap,terbakar atau sun burned,bertanda (blotchy) dan harus diketahui sun tan jg boleh menyebabkan cancer kulit..

Setiap kali keluar rumah,pakailah topi atau guna something utk lindung bahagian muka.

Gunakan sunscreen setiap hari.

Ikut cara penjagaan kulit dengan betul. Bersihkan muka selalu dengan lembut menggunakan pencuci muka yang sesuai diikuti dengan penggunaan moisturizer supaya kulit sentiasa lembab & tidak terlalu kering.

Sentiasa merawat kulit muka yang tidak sekata. Pelbagai cara yang boleh digunakan antaranya dengan menggunakan bahan-bahan berikut:

> Telur & Madu, gaulkan dua bahan ini dan perahkan sebiji lemon ke dalam sebatian tadi then sapukan ke muka. Cuci muka selepas 15 minit.

> Jus Tomato. Mandikan muka anda dengan jus tomato. Antioxidants yang terkandung di dalam tomato akan membantu merawat muka dengan sempurna.

> Susu tepung digaul dengan air suam dan disapu ke muka,biarkan selama 30 minit setelah itu dibilas menggunakan air sejuk.

> Betik telah digunakan berkurun-kurun oleh pelbagai budaya untuk membantu wanita mendapatkan kulit muka yang halus. Belah buah betik dan sapukan buah itu ke muka setiap malam.

> Jalan terakhir ialah menggunakan krim pemutih atau bleaching cream. Tetapi pastikan krim yang hendak digunakan itu selamat. Cuba sapukan krim itu di bahagian lengan anda untuk memastikan tiada kesan alergic berlaku. Rujuk dahulu pakar dermatologist untuk memastikan krim yang anda ingin gunakan itu selamat atau sesuai dengan jenis kulit anda.

So, tips sudah ada,jom sama2 kita merawat & menjaga kulit wajah kita.
^_^

|S|h|a|r|i|n|g| |I|s| |C|a|r|i|n|g|

No comments:

Post a Comment

Leave Ur Comments Sweetie ^_^