skip to main |
skip to sidebar
Program Menurunkan Berat Badan
Terdapat seorang lelaki yang sangat gemuk ingin menurunkan berat badannya. Dia pun menghubungi sebuah syarikat Weight Loss Program dan memilih pakej yang telah disediakan untuknya iaitu 5 hari kurangkan 20lbs.Keesokan paginya,pintu rumahnya diketuk. Apabila dia membuka pintu, terdapat seorang gadis yang memakai pakaian sukan Nike yang ketat dan di lehernya tergantung satu kertas yang mengatakan;
"Kejarlah saya,kalau kamu dapat kejar saya,saya akan jadi milik kamu" Tanpa berlengah dia pun terus mengejar gadis itu namun sehingga 5 hari berturut-turut dia gagal mengejar gadis itu. Tetapi berat badannya telah menurun sebanyak 20lbs dalam tempoh 5 hari.
Setelah itu dia menghubungi semula agensi penurunan berat badan itu dan memilih pakej kedua iaitu 6 hari kurangkan 30lbs. Keesokan paginya, datang lagi seorang gadis yang lebih canti dari sebelum ini dan di lehernya tergantung kertas yang menyatakan benda yang sama seperti sebelum ini.
Maka lelaki itu pun berusaha mengejar gadis itu setiap pagi selama 6 hari berturut-turut. Namun tetap gagal tetapi berat badannya semakin menurun.
Lelaki itu tetap mahu mencuba pakej yang seterusnya namun agensi itu mengatakan pakej yang ketiga adalah pakej yang paling sukar sekali. Tetapi lelaki itu tetap mahu mencuba pakej yang ketiga iaitu 7 hari kurangkan 50lbs. Lelaki itu tidak sabar-sabar menantikan kedatangan gadis pakej ketiga ini. Setelah pintu diketuk, dia pun cepat-cepatlah membuka pintu rumahnya.
Namun apa yang ada didepannya sekarang bukanlah seperti yang dia harapkan,tetapi seorang gay yang di lehernya terdapat kertas yang mengatakan:
"Aku akan mengejarmu,kalau aku dapat kamu,maka kamu akan jadi milikku"
Lelaki itu pun berlari lintang-pukang setelah membaca kertas itu. Keseluruhannya lelaki itu telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 100lbs.
^_^
No comments:
Post a Comment
Leave Ur Comments Sweetie ^_^