skip to main |
skip to sidebar
Pak Pandir & Mimpi
Sebelum tidur, Pak Pandir berdoa agar mendapat mimpi indah pada malam itu. Seperti yang diharapkan Pak Pandir mendapat mimpi yang indah iaitu mimpi berjumpa dengan seorang jin yang boleh memberikan dia wang emas. Perbualan Pak Pandir dengan jin itu adalah seperti ini;
Jin : Hai Pandir,aku akan berikan kau wang emas pada malam ini.Pak Pandir : Wah biar betul ni? Berapa yang kau mau kasi aku wahai jin?Jin : Aku akan memberikan engkau sebanyak 8 keping wang emas.Pak Pandir : Aik 8 saja? Tambahlah lagi dua keping wahai jin.Jin : Tidak boleh! Aku hanya akan memberimu 8 keping.Pak Pandir : Sepuluhlah wahai jin....pleeeeeaaasssseeee....Jin : No No No No! 8 saja Pandir.
Tiba-tiba Pak Pandir terjaga dari tidur dan mendapati tangannya kosong tidak memiliki wang emas. Dengan segera dia menutup kembali rapat-rapat matanya agar dapat menyambung semula mimpinya dan berkata:"8 pun 8 lah jin,yang penting ada..bagilah aku wang emas itu jin....bagilah.... jin? jin? aduh merajuk lah pulak jin ni...."
No comments:
Post a Comment
Leave Ur Comments Sweetie ^_^