Greeting

Assalamualaikum everyone...Welcome To My Blog,I hope my writings makes ur time worthy for visiting!!! Leave ur footprints in my Cbox ya ^,^

Botanical Effects Evolution


Hello November!!! It's my month! Yeay....!!! Not only it's my birthday month, but also this month Mary Kay Malaysia finally launched the new Botanical Effects set. I am so excited because finally i can give the right skincare for my little sister, Amy!

Sebelum ni dia balik-balik tanya apa skincare yang sesuai untuk aku ni? Jerawat makin naik sudah di dahi & hidung. Bila dia tanya begitu rasa kesian pun ada sebab masa sebaya dia la jerawat aku mula mengganas dan time tu aku langsung tidak berfikir panjang and cuba macam-macam skincare yang akhirnya makin menjahanamkan muka aku. Sampai sekarang pun masih nampak scars cuma jerawat semakin pupus. Semuanya Thanks to Mary Kay!

Bila Amy tanya kak skincare jenama XXX ni ok ka? Kawanku pakai makin cerah dia kak, glowing mukanya, jerawatnya pun mati semua. Then i said NO!!!! Jangan terburu-buru. Aku nampak jugak la muka stressnya bila aku cakap jangan pakai apa-apa skincare buat masa ni. Actually aku suruh dia tunggu sampai umur dia 18 tahun baru aku bagi dia pakai set BE yang lama tu. Mujurlah Mary Kay bagi keluar BE yang baru ni dan aku rasa dia lebih sesuai pakai yang ini sebab......haaaaa baca next paragraph. Hihihi.

The cutest Mary Kay Botanical Effects Evolution set!

BE Evo mengandungi bahan-bahan yang ringkas yang memberikan pelbagai manfaat penting. Menggunakan ekstrak buah naga (dragon fruit) & lidah buaya (aloe vera) which is both of them sudah terkenal berabad-abad lamanya sebagai antioksidan yang padat & ia boleh didapati di setiap produk BE Evo. Set penjagaan muka yang uncomplicated serta mudah untuk digunakan & tidak akan melambatkan gaya hidup anda yang saban harinya sibuk. 

Siapa yang sesuai menggunakan set ini?? Sebenarnya wanita dari semua peringkat umur boleh menggunakan set ini. Tetapi ia lebih sesuai kepada gadis-gadis yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia penjagaan muka yang tidak mempunyai kerisauan terhadap masalah muka yang serius dan tanda-tanda penuaan.

Set ini oil-free, fragrance-free, unclog-pores, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. ia juga telah diuji secara klinikal untuk kerengsaan kulit dan alergi juga telah diuji secara dermatologi.  
Ok I won't take your time longer, let's just move on to what do we have in this cute Botanical Effects Evo set.

BE Evo Cleansing Gel
Gel pembersih mengandungi bahan-bahan yang diekstrak secara semula jadi daripada kelapa untuk membersihkan kulit. 
 Membersih secara mendalam dan efektif, dan turut melarutkan semua kesan minyak. 
 Tidak mengeringkan kulit atau meninggalkan ia berasa tegang. 
Menjadikan kulit berasa licin, segar dan bersih. 

BE Evo Refreshing Toner

Toner berfungsi sebagai antioksidan untuk kulit, juga mampu mengecilkan liang pori-pori serta menyingkirkan minyak berlebihan. 
Menjadikan pembersihan wajah yang lengkap kerana ia mampu menanggalkan kesan kotoran, kulit kusam dan sel-sel kulit mati.
Mengandungi ekstrak Witch Hazel, yang telah digunakan sebagai astringen selama ini, kulit tidak akan berasa kering atau terlalu tegang. 
Ia dapat mengawal kulit berminyak, menjadikan kulit kelihatan sihat dan rasa segar semula.

BE Evo Moisturizing Gel

Gel pelembap yang mudah diserap oleh kulit menawarkan kelembapan optimal kepada semua jenis kulit, membolehkan kulit kelihatan sihat. 
Formula yang ringan tidak memberi rasa berminyak dan ia juga tidak meninggalkan sisa, malah ia melembap sehingga 12 jam. 
Kulit berasa lembut, licin dan segar tanpa rasa kering.

BE Evo Moisturizing Lotion SPF 30 Sunscreen 
  
LOSYEN PELEMBAP SPF 30 KRIM PELINDUNG MATAHARI yang bertekstur ringan menawarkan spektrum perlindungan matahari yang luas—iaitu perlindungan daripada kedua-dua sinar, UVA dan UVB. 
Ia dapat diserap oleh kulit dengan cepat tanpa meninggalkan sisa pada kulit, jadi langkah seterusnya boleh diteruskan tanpa perlu menunggu ia untuk kering. 
Anda akan dapat kelembapan yang secukupnya untuk kulit anda — tanpa mengira apa jenis kulit anda — pelembapan sehingga 12 jam.

BE Evo Invigorating Scrub
Skrub Penyegar yang mengelupas halus untuk membuang kulit mati dan kulit kusam, pori-pori berasa seperti dibersihkan secara mendalam. 
Dirumus dengan benih buah untuk pengelupasan semula jadi untuk membersihkan pori-pori (tidak menyumbat). 
Mengandungi bahan-bahan yang diekstrak secara semula jadi daripada kelapa dan epal.
Bukan hanya kulit anda akan kelihatan licin, malah skrub ini mengembalikan semula kulit anda yang kelihatan lesu kepada kulit yang cantik berseri dan sihat.


 So itulah 5 ahli-ahli Botanical Effects Evolution. Best kn? Mesti adik-adik teendangerr di luar x sabar mau try kehebatan skincare Mary Kay kan. Ok kalau berminat untuk dapatkan info lebih lanjut mengenai produk terbaru ini, bolehlah menghubungi saya melalui pelbagai saluran. Chewah!! Hahaha! Just click link di bawah ni untuk contact saya ya.