skip to main |
skip to sidebar
Pak Pandir & Airmata
Pada satu petang Mak Andeh telah memasak sup ayam untuk dihidangkan kepada suami tercintanya Pak Pandir. Setelah dia selesai memasak, sup itu disimpan di atas meja makan. Sementara menunggu Pak Pandir pulang dari kerja, Mak Andeh ingin merasa masakannya itu. Dia pun mengambil sudu dan menyenduk sesudu sup itu,tanpa memikirkan bahawa sup itu terlalu panas, Mak Andeh terus-menerus menghirup sup itu. Akibat terkejut dengan kepanasan sup itu, airmata Mak Andeh menitis ke pipi, dan ketika itu Pak Pandir telah sampai ke rumah dan mendapati isterinya itu sedang mengesat airmatanya dia pun bertanya;"Mengapa kau bersedih isteriku?"Mak Andeh menjawab, "Aku teringat akan arwah ibuku, dia selalu memasakkan aku sup seperti ini sewaktu aku masih kecil"Sambil mendengarkan luahan hati Mak Andeh, Pak Pandir yang tidak sabar-sabar untuk merasa sup itu juga melakukan perkara sama seperti Mak Andeh iaitu menghirup sup itu tanpa mengingati bahawa sup itu masih terlalu panas, dan Pak Pandir yang juga terkejut dengan kepanasan sup itu turut mengalirkan airmata. Kali ini giliran Mak Andeh pula yang bertanya;"Mengapa pula kau bersedih suamiku?"Pak Pandir dengan penuh geram menjawab, " Aku juga teringat akan arwah ibumu yang meninggalkan aku seorang isteri yang sengal kerana tidak memberitahuku bahawa sup itu masih panas!"
No comments:
Post a Comment
Leave Ur Comments Sweetie ^_^