Greeting

Assalamualaikum everyone...Welcome To My Blog,I hope my writings makes ur time worthy for visiting!!! Leave ur footprints in my Cbox ya ^,^

Fikir-fikirkan...renung-renungkan...

Pernahkah anda mengabaikan keluarga,kekasih,sahabat,teman,rakan atau kawan anda??
Pernahkah anda terfikir perasaan mereka tika itu??
Pernahkah pula anda mencari mereka apabila anda memerlukan mereka??
Anda rasa apa yang terdetik di hati mereka saat itu??
Apakah reaksi mereka dengan perbuatan anda yang hanya mencari mereka ketika anda di dalam kesusahan dan mengabaikan mereka di saat anda berada dalam keadaan yang selesa...walhal dalam keselesaan anda pada masa itu adalah saat-saat di mana ada di antara mereka sangat membutuhkan anda...

Post ini ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terasa...pada yang berkenaan tolonglah insaf...jangan kita bersikap pentingkan diri sendiri...hidup perlu ada muhasabah diri...bila bergaul berpada-pada...jangan hanya memikirkan kebaikan diri sendiri...kelak anda akan hidup bersendirian tanpa sesiapa yang membantu...

Malulah dengan sikap diri anda sendiri...pada saat mereka meminta bantuan,apa alasan yang anda berikan...apa dalih anda?? sanggup anda membantu saat itu??

Namun,apabila anda memerlukan,adakah anda berfikir panjang untuk meminta bantuan?? Tentu tidak kan?? sebab anda fikir mereka sentiasa ada untuk anda..namun tidakkah anda sedar bahawa betapa tergurisnya hati pada saat anda tidak berada di sisi apabila mereka ini memerlukan anda...

Cuba pula anda fikir jika mereka bersikap seperti anda yang selalu memberi jawapan yang menghampakan apabila anda meminta bantuan...tentu sakit bukan...tetapi jangan merasa terkejut kerana ini adalah akibat daripada sikap anda sendiri yang hanya PENTINGKAN DIRI SENDIRI!!

Fikir sejenak sahabat-sahabatku..jangan kita hanya mempergunakan insan-insan di sekeliling kita untuk kepentingan kita..fikirkan juga perasaan orang lain...mereka bukan tiang atau pokok-pokok di tepi jalan...mereka juga manusia ciptaan Tuhan yang ada hati....

Kepada insan-insan yang selalu 'terkena' dengan makhluk-makhluk yang sebegini,ingatlah jangan terlalu berlembut...buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali...

Matangkan fikiran....



No comments:

Post a Comment

Leave Ur Comments Sweetie ^_^